suria

Budak perempuan 8 tahun maut! Doktor sahkan rahim pecah selepas 'bersama' suami malam pertama

Perkahwinan kanak-kanak sering berlaku di Yaman. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas bersama dengan suaminya yang berumur 40 tahun pada malam pertama.

Menurut seorang aktivis hak asasi, Arwa Othman gadis yang dikenali sebagai Rawan itu telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berumur di bandar Meedi, Yaman pada minggu lalu.

Katanya perkahwinan kanak-kanak sering berlaku dalam kalangan keluarga miskin bagi menjimatkan kos untuk membesarkan anak.

"Malam perkahwinannya dan selepas persetubuhan, dia mengalami pendarahan dan rahim pecah yang menyebabkan kematiannya.

"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor tidak dapat menyelamatkan nyawanya," kata Arwa.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa bagaimanapun tidak mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga dan suami mangsa.

Malah ketua kampung juga cuba menutup kes kematian tersebut dengan memberi amaran kepada wartawan tempatan agar tidak membuat liputan. -The Guardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain