suria

Lelaki lumpuh maut dipukul abang ipar, puncanya berebut sebidang tanah... Suspek umur 65 tahun

Pertikaian tanah boleh menyebabkan persengketaan dalam keluarga. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki kurang upaya dilaporkan dibunuh oleh abang iparnya berhubung pertikaian tanah pada pagi Rabu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Jamat Ali, 55, seorang penduduk di kampung Bri-Pathuria di daerah Natore, Bangladesh.

Susulan kes itu, polis menahan abang ipar mangsa, Mohammad Lachimuddin Jadu yang berusia 65 tahun.

Menurut ibu mangsa, Jameena, berlaku konflik antara Lachimuddin dan Jamat berhubung sebidang tanah sejak kematian suaminya.

Dakwanya, Lachimuddin sering mengugut Jamat untuk mengambil alih harta itu.

Ceritanya lagi, Jamat yang lumpuh menghidap penyakit jantung sejak sepuluh tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak perempuan 8 tahun maut! Doktor sahkan rahim pecah selepas 'bersama' suami malam pertama

Pada pagi Rabu, Lachimuddin didakwa memasuki bilik Jamat dan mula memukulnya dengan teruk.

Dia turut dibantu oleh anak perempuannya Lipi Khatun, 42, dan anak lelaki Lam Hossain, 23.

Penduduk tempatan menyelamatkan Jamat, namun dia meninggal dunia akibat kecederaannya dalam perjalanan ke hospital.

Jameena menuntut hukuman mati bagi semua yang terlibat dalam pembunuhan anaknya.

Pegawai di Balai Polis Gurudaspur, Mohammad Ujjal Hossain berkata pihak hospital telah melakukan bedah siasat ke atas mangsa.

Lachimuddin kini dalam tahanan polis dan prosiding undang-undang sedang dijalankan, tambahnya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain