suria

Suami tangkap isteri curang di hotel, paksa ‘anak ikan’ umur 20 tahun cabut tuala

Lelaki itu menyerbu isterinya yang berdua-duaan dengan seorang individu di hotel.

SEORANG lelaki menyerbu sebuah bilik hotel ketika isterinya sedang berdua-duaan dengan kekasih gelapnya.

Menerusi video tular, suami wanita itu dilihat menarik rambut pemuda berkenaan yang hanya menutup kemaluan dengan sehelai tuala kecil.

Dia turut memukul pemuda berkenaan yang disyaki sudah beberapa kali menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.

Dalam video sama, dia kedengaran bertanya tujuan pemuda itu berjumpa dengan isterinya di hotel berkenaan.

Berang dengan kejadian itu, lelaki tersebut turut memaksa kekasih gelap isterinya supaya berbogel.

Turut kelihatan, seorang wanita dipercayai isterinya sedang meleraikan kekecohan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elon Musk didakwa buat hubungan seks dengan pekerja, pernah mengurat pelajar ‘intern’

Suami wanita itu turut ditemani seorang lagi lelaki, dipercayai anggota keselamatan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, serbuan berlaku di Hotel Cempaka, Desa Kepuhkembeng, Peterongan, Jombang, Indonesia.

Dalam pada itu, Ketua Polis Peterongan AKP Dian Anang Nugroho berkata, lelaki tersebut menyerbu hotel berkenaan pada awal pagi Selasa.

"Suaminya menyerbu bilik hotel, kemudian (kekasih isterinya) dibawa ke balai polis, dia meminta untuk menyelesaikan kes secara baik. Tiada laporan (zina) dibuat kepada kami," jelasnya kepada wartawan pada Rabu.

Difahamkan, suami wanita itu merupakan seorang pengusaha kafe berusia 40 tahun yang berasal dari Manyar, Gresik.

Isterinya pula berusia 29 tahun manakala kekasih gelapnya baru berumur 20 tahun.

Video serbuan itu turut tersebar menerusi WhatsApp sehingga ia menjadi bualan ramai warga maya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain