suria

Elon Musk didakwa buat hubungan seks dengan pekerja, pernah mengurat pelajar ‘intern’

Elon Musk didakwa pernah menjalin hubungan dengan pekerjanya. Foto: Patrick Pleul—Pool/AFP/Getty Images

NAMA Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk sekali lagi menjadi perbualan ramai dia didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang eksekutif syarikatnya.

Dalam afidavit yang diserahkan kepada The Wall St Journal, Musk didakwa mempunyai hubungan dengan seorang eksekutif wanita pada tahun 2014.

Eksekutif itu mendakwa dia bertemu dengan Musk di rumah agamnya di Bel-Air sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Musk juga didakwa menjanjikan saham syarikat Tesla kepada wanita itu.

Dalam pada itu, Musk, 52, juga dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar praktikal yang berusia 20 tahun lebih muda daripadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elon Musk buat perubahan selepas beli Twitter, secara rasmi benarkan ‘content’ lucah di platform X

Wanita itu pertama kali bertemu Musk sekitar tahun 2010 ketika dia masih bergelar pelajar kolej.

Musk dilaporkan menerbangkan wanita itu ke Sicily di Itali, tempat dia menghadiri persidangan Google.

Pada 2017, Musk menghubunginya sekali lagi untuk menawarkannya pekerjaan sepenuh masa di SpaceX.

Menurut afidavit, Musk didakwa menjemput wanita itu untuk minum dan menyentuh payudaranya.

Antara lain, Musk juga didakwa meminta meminta pekerja wanita untuk melahirkan bayinya. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain