KECOH di media sosial apabila video memaparkan seorang wanita 'dibotakkan' kepala kerana dipercayai menjalin hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang, tular sejak Sabtu. Difahamkan, kejadian di Tulang Selapan, Ogan Komering Ilir (OKI) di Indonesia itu berlaku selepas perbuatannya berjaya dihidu isteri lelaki tersebut. Menerusi rakaman video yang dimuat naik, dia dilihat menjerit serta menangis selepas badannya ditindih ke tanah sebelum rambutnya ditarik dan dipotong. Pada masa sama, dia turut dilemparkan dengan kata-kata kesat kerana didakwa meneruskan hubungan sulit, meskipun telah ditegur berulang kali. "Awak layan suami orang. 'Sedap' kan botak ni, dah berapa kali saya berdiam diri," kata isteri kekasihnya. Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Tulung Selapan OKI, AKP Budhi mengesahkan kejadian itu pada Khamis. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube