suria

Berkenalan di taman, kemudian ajak naik kereta untuk berborak... Askar didakwa rogol remaja perempuan

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG askar berusia 25 tahun didakwa atas pertuduhan menculik dan merogol seorang remaja perempuan.

Dia berkhidmat di Okinawa, rangkaian pulau Jepun yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) terbesar di rantau itu.

Menurut laporan media tempatan, anggota tentera udara itu mendekati mangsa di sebuah taman sebelum memintanya masuk ke dalam kereta untuk berborak.

Dia kemudiannya memandu kereta itu dan membawa mangsa pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rela serah tubuh pada guru, 7 kali keluar masuk hotel demi markah tinggi

Kejadian rogol didakwa berlaku di kediaman lelaki itu.

Pihak berkuasa Jepun secara rasmi telah mendakwa askar itu pada akhir Mac.

Dia kini berada dalam tahanan sementara, kata jurucakap kerajaan negara itu pada Selasa.

Insiden itu berlaku beberapa tahun selepas seorang lagi anggota tentera AS dituduh merogol dan membunuh seorang wanita di Okinawa. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain