suria

Malu bersekedudukan 3 tahun tapi belum diajak kahwin, wanita nekad bunuh teman lelaki

Seorang wanita didakwa membunuh teman lelaki. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 38 tahun nekad membunuh teman lelakinya sendiri selepas menjalinkan hubungan selama tiga tahun.

Suspek didakwa membunuh mangsa berusia 43 tahun kerana berasa malu masih belum dinikahi mangsa.

Difahamkan, suspek tinggal serumah dengan mangsa.

Kejadian berlaku di di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara di Indonesia.

"Suspek kecewa dengan mangsa kerana masih belum bernikah selepas tiga tahun.

"Dan suspek juga malu denga kawan-kawan dan jirannya," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Nunukan, AKP Lusgi Simanungkalit, pada Khamis lalu.

Dalam kejadian pada 25 Jun lalu, suspek sempat meminta penjelasan mengenai statusnya kepada mangsa namun tidak dijawab.

"Selepas berbual, suspek mengambil sebilah pisau dari dapur dan kemudian menikam mangsa sebanyak dua kali di dalam bilik," jelasnya.

Menurut Lusgi, mangsa yang berambut panjang ditikam pada bahagian leher dan dada sebelum dikejarkan ke hospital.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital," katanya lagi.

Suspek kini ditahan polis dan berdepan dengan pertuduhan kerana membunuh.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain