suria

Misteri pelanggan tak ambil order makanan berjam-jam terjawab, wanita ditemukan maut berlumuran darah

Seorang wanita ditemukan maut, disyaki dibunuh. -Gambar hiasan

SEORANG wanita ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah sewa.

Wanita berkenaan dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan membuat pesanan makanan di sebuah gerai di hadapan rumahnya.

Kejadian berlaku di Kabupaten Pati, Jawa Tengah di Indonesia.

Ketua Kampung Pati Lor, Daerah Pati Kota Bagus Hariyanto berkata, mayat mangsa ditemukan oleh seorang penjual makanan di sebuah gerai di hadapan rumah mangsa.

"Mangsa dikatakan memesan makanan di gerai di depan rumah sewanya.

"Tapi lama dia tidak mengambilnya selama berjam-jam," kata Hariyanto kepada pemberita pada Ahad.

Mencetuskan tanda-tanya, pemilik gerai kemudian datang ke rumah mangsa, namun berkunci dan terdengar bunyi air dibuka.

Pemilik gerai bersama penduduk memecah pintu bilik mangsa dan terkejut mendapati mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kecederaan di leher.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pati, M Alfan Armin berkata, punca kematian masih belum dikenal pasti dan polis masih menjalankan siasatan.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain