TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Selebriti media sosial Indonesia, Cut Melisa dikecam netizen selepas tular sebuah video memaparkan dirinya yang sedang memarahi petugas sebuah syarikat penerbangan. Menerusi video tular itu, dia turut memaki hamun petugas wanita berkenaan dengan perkataan lucah. Difahamkan, Instafamous wanita itu 'naik angin' apabila petugas kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Kualanamu enggan menerima paspost miliknya yang rosak. Menurut Cut Melisa, pasportnya hanya tercalar sedikit dan pihak imigresen membenarkannya terbang. Namun, akibat keengganan pegawai membenarkan daftar masuk syarikat penerbangan itu, Cut Melisa mendakwa dia dan suaminya tidak dapat menaiki penerbangan ke Bangkok, Thailand. ARTIKEL BERKAITAN: Budu saja tak cukup! Instafamous ikut suami kerja di luar negara sanggup belajar buat kuih akok untuk berbuka Dakwanya lagi, dia juga terpaksa membeli tiket lain kerana telah terlepas penerbangan. Dalam pada itu, AirAsia turut tampil membuat penjelasan berhubung isu ini menerusi Instagram @flyairasia.id. Pihak AirAsia berkata insiden itu berpunca daripada halaman pengenalan pasport yang koyak. Tambah kenyataan itu lagi, mengikut Peraturan Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia No. 8 Tahun 2014, pasport yang rosak tidak boleh digunakan untuk perjalanan, jadi penumpang tidak dibenarkan mendaftar masuk. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube