suria

Diculik, dibunuh dan dirogol... Budak 10 tahun maut, kepala pecah dihentak pada batu

Hentakan pada batu boleh menyebabkan kecederaan serius. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan parah pada bahagian kepalanya.

Kanak-kanak itu hilang pada 28 Jun lalu sebelum mayatnya ditemukan di kawasan Narela, New Delhi pada Jumaat.

Menurut polis, kepala mangsa hancur, dipercayai dihentak pada batu oleh pelaku.

Lebih mengejutkan, mangsa juga dirogol secara berkumpulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri pelanggan tak ambil order makanan berjam-jam terjawab, wanita ditemukan maut berlumuran darah

Berdasarkan kenyataan bapa mangsa, satu kes telah didaftarkan di bawah seksyen 363 (penculikan), 302 (pembunuhan), dan 376D (rogol berkumpulan) Kanun Keseksaan India (IPC), bersama Seksyen 6 Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual.

Dua suspek, Rahul, 20, dan Devdutt, 30, turut ditahan bagi membantu siasatan.

Penahanan itu dibuat selepas penduduk kampung mendakwa melihat Rahul bersama mangsa berhampiran lokasi pembunuhan berkenaan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain