suria

Tragis! Tak sempat jamah makan malam, wanita ditembak mati ketika senduk nasi

Suspek ditahan polis untuk siasatan. Foto KhaoSod

SEORANG wanita ditembak mati ketika menghidangkan makanan di meja makan.

Suspek yang merupakan lelaki bersenjata didakwa mengalami masalah kesihatan mental.

Susulan kejadian itu, suspek kemudian ditahan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri pelanggan tak ambil order makanan berjam-jam terjawab, wanita ditemukan maut berlumuran darah

Pihak polis menerima laporan kejadian tembakan maut di sebuah kediaman pada pukul 9.30 malam Isnin.

Insiden itu berlaku di Nakhon Sawan, di Thailand.

Sebaik polis tiba, mereka menemukan mayat mangsa berusia 44 tahun di meja makan.

Mangsa ditembak di bahu kanan dengan peluru tertanam di dalam, menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Lelaki bersenjata dikenal pasti bertentangan dengan rumah mangsa, ditemui duduk dan menjerit di luar kediamannya, sambil memegang senjata api dengan kelongsong peluru berhampiran.

Beberapa saksi memberitahu mereka dan mangsa sedang makan ketika kejadian tembakan berlaku.

Mangsa sedang menghidangkan nasi ketika ditembak sebelum rebah ke lantai dalam keadaan berlumuran darah.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan kerana tiada konflik antara mangsa dan suspek.

Menurut laporan KhaoSod, suspek menunjukkan mental yang tidak stabil dan kelihatan khayal ketika ditahan polis.

Kes masih dalam siasatan polis. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain