suria

Ibu muda bunuh bayi baru lahir, sorok dalam almari... Dakwa alami tekanan perasaan

Mayat bayi tersebut ditemui di dalam beg pakaian yang disorokkan dalam almari. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 22 tahun dari Ichikawa, Jepun, ditahan polis kerana disyaki membunuh bayi perempuannya yang baru lahir.

Memetik laporan Japan Today, ibu muda bernama Moeka Okada itu ditahan semula pada Isnin kerana disyaki melakukan jenayah berkenaan.

Moeka yang juga seorang penganggur, telah ditangkap kali pertama pada bulan lalu atas dakwaan meninggalkan mayat bayi perempuannya di rumah.

Menurut laporan, ibu bapa Moeka menjelaskan mereka tidak dapat mengesan wanita itu sejak 3 Jun lalu dan hanya mampu berhubung menggunakan e-mel.

Ketika pergi ke rumah Moeka pada 8 Jun, ibunya terkejut apabila menemui mayat bayi di dalam almari.

Moeka dilaporkan membalut bayinya menggunakan tuala sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian, dan menyorokkan beg tersebut di dalam almari.

Ibu Moeka segera memaklumkan penemuan mayat bayi itu kepada pihak berkuasa.

Pihak polis berjaya mengesan dan menahan Moeka yang berada di rumah kenalan lelakinya di bandar yang berbeza.

Moeka memberitahu polis bahawa dia mengalami tekanan sehingga berputus asa, menyebabkannya bertindak membunuh bayinya sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain