suria

Mengajar melebihi had umur bersara, guru pencen terkilan diarah pulangkan gaji RM21,000

Kisah pesara guru bernama Asniati menjadi tular di laman berita. -Foto Kurnia Sandi/Kompas.com

SEORANG pesara guru wanita dari Jambi, Indonesia, diarah memulangkan semula gaji yang diterimanya sebanyak Rp75 juta (kira-kira RM21,615) kepada kerajaan.

Memetik laporan Serambinews, Asniati, 60, seorang pesara guru pra-sekolah diarah berbuat demikian kerana terlebih tempoh masa mengajar selama dua tahun.

Difahamkan, umur persaraan seorang guru adalah 58 tahun.

Dalam tempoh dua tahun, Asniati mengajar seperti biasa kerana tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak mengenai usia persaraan guru, malah dia turut menerima gaji seperti biasa.

Dia mula memproses fail persaraannya di Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Muaro Jambi pada 2023.

Bagaimanapun, dia dipanggil oleh Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Muaro Jambi pada 1 Julai lalu kerana isu 'terlebih membayar gaji'.

"Jika persaraan saya 58 tahun, seharusnya gaji saya dihentikan sewaktu itu juga dan meminta saya berhenti mengajar," sambungnya.

Asniati mengakui dirinya terkilan dan keberatan untuk menyerahkan semula gaji seperti yang diminta kerana ia adalah wang peribadinya.

Sementara itu, Ketua Pelantikan dan Data ASN di BKD Muaro Jambi, Rini Herawati menjelaskan, Asniati telah didaftarkan untuk bersara sejak 2022.

Bagaimanapun, wanita itu hanya mengusulkan persaraannya pada Ogos 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain