CINTA itu buta! Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan kisah pasangan dari China ini. Menerusi laporan South China Morning Post, wanita bernama Lulu nekad mengahwini jejaka yang hanya dikenalinya di internet, biarpun mengetahui pasangannya itu lumpuh. Lulu mula berkenalan dengan jejaka bernama Qichen pada Januari lalu menerusi laman media sosial, Douyin. Mereka kemudian berhubung menerusi mesej teks dan ketika itu, Lulu masih tidak mengetahui keadaan sebenar Qishen. Lulu terpesona dengan personaliti Qishen dan merasakan kehadiran jejaka tersebut memberi impak positif terutama terhadap kesihatan mentalnya. Malah, wanita itu sanggup menempuh perjalanan sejauh 1,600 kilometer (km) dari rumahnya di Guangxi Zhuang ke kediaman Qichen yang terletak di wilayah Anhui. Ketika pertemuan itulah, Lulu mengetahui bahawa kekasihnya lumpuh dan berkerusi roda kerana menghidap distrofi otot duchenne (DMD) sejak berusia tujuh tahun. Namun perkara itu langsung tidak menjadi penghalang cinta Lulu buat Qichen. Lebih dua bulan berkenalan, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka pada Mac 2024. Lebih menggembirakan, pasangan itu bakal menimang cahaya mata sulung apabila Lulu kini sedang hamil empat bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube