LAZIMNYA, pengantin lelaki akan memberikan mas kahwin berupa wang tunai, barang kemas atau kelengkapan solat kepada pasangannya. Namun berbeza pula dengan pasangan mempelai dari Ponorogo, Jawa Timur ini yang memilih seekor lembu sebagai mas kahwin. Memetik laporan Detik, mempelai berkenaan, Dita Eka Wahyu Sukmawati, 23, dan Danang Saputro, 28, dikatakan menjadi pasangan pengantin pertama di Ponorogo yang memilih haiwan ternakan sebagai mas kahwin. Danang yang merupakan penternak lembu mengakui pernah bernazar sekiranya bertemu jodoh dan mempunyai rezeki lebih, dia mahu memberikan seekor lembu sebagai mas kahwin kepada bakal isterinya. Ujarnya, lembu itu dibeli dengan harga Rp20 juta (sekitar RM5,768) yang disertakan dengan resit sebagai bukti pembayaran. Selain lembu, Danang turut memberikan tiga gram emas dan wang berjumlah Rp5 juta (sekitar RM1,441) kepada isterinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube