KISAH seorang anak perempuan mendedahkan hubungan sulit bapanya denga wanita lain yang dipercayai sudah lama terjalin meraih perhatian netizen. Dalam satu hantaran di X, gadis tersebut memuat naik video menunjukkan dia bersama ibunya menyerang si bapa dalam sebuah majlis berkhatan diadakan pada Khamis. Difahamkan majlis tersebut diadakan untuk bayi lelaki yang dilahirkan oleh skandal bapanya itu dan difahamkan mereka masih belum bernikah. Apabila masuk ke dalam rumah wanita berkenaan, gadis itu dihalang oleh sekumpulan tetamu dipercayai ahli keluarga bapanya. Susulan itu, tercetus pertengkaran luar biasa menyebabkan gadis itu mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian badan, dalam kejadian di Indonesia. Bagaimanapun, si anak berjaya bersua muka dengan bapanya yang ketika itu lengkap berpakaian kemeja hitam seperti seseorang yang menghadiri acara rasmi majlis. "Kecewa. Sakit... sakit!" kata gadis itu sambil memegang dada sebagai tanda betapa kecewa dirinya. Foto menunjukkan kesan luka dikongsikan gadis itu di X. Kedengaran suara gadis itu bercakap dengan bapanya dalam keadaan menjerit dan menangis teresak-esak. "Memang penat di sini (dalam majlis). Sakit betul dihina ayah sendiri. Saya sayang ayah, tapi ayah asyik sakitkan hati kami sekeluarga," tulis gadis itu menerusi ruangan kapsyen. Sementara itu, ibu kepada gadis ini memberitahu, anaknya sudah dua kali cuba membunuh diri. "Dia mahu mengakhiri hidupnya dua kali. Kerana siapa? Kerana Nita (nama pelaku yang didakwa) menghantar gambar bogel dia dan suami saya kepadanya (anak). "Tahukah ayah? Mentalitinya rosak! " kata ibu menjerit kepada seseorang yang cuba menenangkan suasana tegang tersebut. Selepas video yang dimuat naik gadis itu menjadi tular, netizen mula 'menyerang' Nita dengan menghantar mesej kepadanya melalui akaun Instagram. “Puan, insaflah, jangan jadi pelaku (perampas),” tulis netizen. Tidak berdiam diri, Nita membalas salah satu mesej diterima dengan ayat yang dikatakan 'santai' (tenang) dan tidak berasa malu dengan kata-katanya. "Maaf saya bukan perampas. Isteri pertamanya tidak bercerai jadi Nita bukan perampas tapi mahu hidup bersama secara bertiga," kata Nita. -AGENSI Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube