suria

Lelaki kantoi ketika pemeriksaan kastam... Ditahan cuba seludup lebih 100 ekor ular dalam seluar

Sebahagian daripada 104 ekor ular yang dirampas oleh pegawai kastam. -Foto China Customs

SEORANG pengembara ditahan kerana cuba menyeludup lebih daripada 100 ekor ular hidup dalam seluarnya ketika melalui Futian Port, pusat pemeriksaan kastam antara tanah besar China dan Hong Kong, lapor USAToday.

Lelaki itu cuba melewati 'No Declaration Channel' tetapi ditahan oleh pegawai kastam.

Setelah pemeriksaan dilakukan terhadapnya, pegawai kastam menemui enam beg kanvas tali yang dilekatkan dengan pita pelekat pada poket seluar.

Lebih mengejutkan, beg kanvas berkenaan mengandungi sejumlah 104 ular hidup pelbagai spesies termasuk ular susu, ular tikus Texas dan lain-lain.

Difahamkan, spesies ular yang cuba diseludup itu tidak berbisa.

Menerusi video yang dikongsi di Weibo, kelihatan dua pegawai kastam memegang beg yang mengandungi ular bersaiz kecil yang bergerak.

China sememangnya terkenal menjadi pasaran terbesar untuk kegiatan pemerdagangan haram hidupan liar seperti gading atau tanduk badak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain