suria

Tragis! Pelajar sedang duduki peperiksaan terperangkap selepas bangunan sekolah runtuh, 22 maut

Pasukan penyelamat dan orang awam mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan. -Foto Xinhua/Adewale Amzat)

SEKURANG-KURANGNYA 22 terbunuh manakala 132 yang lain selepas bangunan dua tingkat sebuah sekolah di Nigeria runtuh, pada Jumaat, kata pihak berkuasa.

Memetik laporan Xinhua, bangunan milik swasta, Saint Academy yang menempatkan sebuah sekolah rendah dan menengah di daerah Jos, dilaporkan runtuh ketika kebanyakan pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Seramai 154 orang dibawa keluar dari serpihan oleh pasukan penyelamat pada petang Jumaat, termasuk 22 mayat dan 132 yang cedera.

Dilaporkan, enam daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Gabenor tinggi Caleb Mutfwang menggambarkan kejadian tersebut sebagai sangat tragis sambil menggesa pasukan penyelamat bekerja lebih keras untuk menyelamatkan mangsa yang lain.

Kes runtuhan bangunan adalah perkara biasa di Nigeria, dengan pakar tempatan menyifatkan ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti piawaian pembinaan yang lemah, kecuaian dan bahan berkualiti rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain