suria

Tak perlu gajet! Budak perempuan leka kupas kubis bulat dalam kereta api, perjalanan lebih sejam tenteram tanpa 'gangguan'

Kanak-kanak ini memberi sepenuh perhatian kepada kubis yang diberikan ayahnya.

KEBANYAKAN ibu bapa menjadikan gajet sebagai 'pengasuh' utama anak-anak apabila berada di tempat awam.

Mengambil pendekatan berbeza, seorang bapa di China didapati memberikan sebiji kubis bulat kepada anaknya sebagai 'alat permainan'.

Kisahnya itu menjadi tular apabila video anak perempuannya disiarkan di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Memetik laporan South China Morning Post, bapa dari Kunming, China itu dalam perjalanan bersama anaknya menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

Bimbang anak perempuannya mungkin bising di dalam kereta api dan mengganggu penumpang lain, dia memberinya kubis untuk dikupas semasa perjalanan.

Dalam video trending itu, gadis kecil itu kelihatan leka dalam tugas mengupas lapisan dari pelbagai sudut dan meletakkan daun di atas meja di hadapannya.

Jarak perjalanan yang jauh membuatkan, dia kadang kala duduk di pangkuan bapanya dan pada masa lain duduk di tempat sendiri, manakala bapanya tidur atau bermain permainan telefon.

Menurut pemilik video tersebut, kanak-kanak perempuan berkenaan mengupas kubis berkenaan selama lebih sejam.

“Kanak-kanak itu sangat lincah dan bertenaga. Untuk mengelakkannya daripada mengganggu orang lain, dia membawa sebiji kubis untuk dikupasnya. Gadis itu mengupas selama lebih dari sejam,” katanya di ruangan kapsyen.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan destinasi kereta api sebaliknya menjelaskan bahawa bapa bersama anak perempuanya itu membersih semula kotoran kubis berkenaan sebelum meninggalkan tempat duduk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain