suria

Cemburu buta pada isteri, suami bakar rumah sendiri... Kereta, motosikal turut musnah dalam kebakaran

Suami bertindak membakar rumah kerana cemburu pada isteri. Foto iNews

SEORANG suami bertindak membakar rumahnya sendiri kerana cemburu buta terhadap isterinya.

Dalam kejadian itu, selain rumah, sebuah kereta dan enam motosikal turut terbakar.

Bagaimanapun, isteri dan anak-anaknya sempat menyelamatkan diri.

Insiden tersebut berlaku di Situbondo, Jawa Timur di Indonesia pada Khamis malam.

Difahamkan, suspek pulang ke rumahnya dengan membawa petrol, sebelum menyimbahnya di sekeliling rumahnya dan menyalakan api.

Api marak dengan cepat menyebabkan kemusnahan rumah dan beberapa kenderaan.

Sebelum kejadian berlaku, suami isteri itu berpisah kerana masalah keluarga. Suspek memilih untuk meninggalkan rumahnya dan sering mengugut isterinya untuk membakar rumah tersebut.

"Dia sering mengugut untuk membakar rumah itu," kata isteri suspek, pada Jumaat.

Susulan itu, polis menahan suspek bagi membantu siasatan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain