PENDUDUK setempat digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis berusia 15 tahun di kawasan semak. Mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tanpa pakaian dengan hanya memakai seluar serta baju dalam. Susulan kejadian pada Rabu lalu, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Penemuan tersebut berlaku di Desa Trimulyo, Kecamatan Guntur, Kabupaten Demak di Jawa Tengah, Indonesia. Ketua Polis Demak, AKP Winardi berkata, mangsa ditemukan dengan kesan luka di muka dan belakang badan. Beliau berkata, suspek yang ditahan pada Jumaat, didakwa membunuh mangsa kerana berang dengan mangsa yang ditawarkan bekerja sebagai pekerja seks. "Mangsa bagaimanapun enggan melayan pelanggan kedua dan ketiga di sebuah hotel sebagaimana yang dijanjikan, menyebabkan suspek berasa sakit hati. "Suspek membawa mangsa ke lokasi pembunuhan dengan menaiki motosikal, menggunakan alasan hendak berjumpa seorang rakan," katanya. Tambah beliau, suspek kemudian mencederakan mangsa yang sedang leka, menggunakan objek tumpul dan gunting. "Pakaian mangsa ditanggalkan. Baju, kasut dan beg milik mangsa dibuang ke tempat lain," katanya. Menurutnya lagi, suspek ditahan pada Jumaat dan berdepan dengan pertuduhan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun. Kes masih dalam siasatan polis. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang serta dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube