SEKUMPULAN nelayan Jepun menemui bangkai haiwan seberat 1,800 kilogram (kg) yang didakwa sebagai makhluk prasejarah dinosaur. Kisah penemuan makhluk aneh itu berlaku pada April 1977, namun ia masih segar dalam ingatan komuniti nelayan setempat. Kapal nelayan itu beroperasi di timur Christchurch, di pesisir pantai New Zealand ketika ia menemui bangkai haiwan berkenaan. Selepas bangkai haiwan itu dinaikkan ke atas kapal, kapten dan kru membuat keputusan untuk membuangnya semula ke dalam laut. Walaupun menyedari potensi kepentingan saintifik penemuan tersebut, Kaptain Akira Tanaka memutuskan untuk membuang bangkai itu kerana keadannya yang mereput dan berbau busuk. Malah, ia juga dikhuatiri boleh merosakkan kesegaran ikan-ikan lain yang ditangkap. ARTIKEL BERKAITAN: Kulit dinosaur yang sempurna di dunia pertama kali ditemui Sebelum dibuang, mereka sempat mengambil sampel rangka, kulit, dan sirip makhluk yang digelar 'Nessie' itu untuk kajian pada masa depan. Makhluk itu mempunyai ciri-ciri yang agak luar biasa; leher panjang, empat sirip merah besar, dan ekor sepanjang kira-kira dua meter. Saintis-saintis universiti dari Yokohama dan Tokyo membuat teori bahawa ia mungkin adalah ular laut atau plesiosaur - spesies yang dipercayai pupus bersama dinosaur sekitar 65 juta tahun lalu. Namun, mereka turut membuat andaian bahawa ia mungkin adalah ikan hiu basking (basking shark). Apabila hiu basking mula mereput, ia biasanya kehilangan muncung dan sirip terlebih dahulu, yang menyebabkannya kelihatan seperti haiwan prasejarah. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube