SEORANG wanita memotong kemaluan suaminya selepas lelaki itu menyebut nama wanita lain sewaktu mereka melakukan hubungan intim. Menurut jurucakap polis, wanita itu menunggu suaminya tidur pada malam kejadian sebelum dia mengambil pisau dan memotong kemaluannya. Mangsa mendapatkan bantuan jiran untuk menghantarnya ke hospital. Polis kemudian menjumpai pisau berdarah dan zakar yang terputus di tempat kejadian. Malah, tilam di dalam bilik tidur pasangan itu turut dipenuhi dengan darah. Wanita berusia 55 tahun itu tidak melarikan diri dan dia ditahan di kediamannya, dalam kejadian di Kota Baguio, Filipina. ARTIKEL BERKAITAN: Mayat gadis tanpa pakaian ditemukan dalam semak, dipercayai dibunuh Menurut pelaku, tindakannya pada malam itu didorong oleh rasa marah serta pengaruh alkohol. "Suami saya menyebut nama perempuan simpanannya, bukan nama saya. Saya berada di bawah pengaruh alkohol, tetapi saya tahu apa yang saya lakukan. "Dia (mangsa) tahu bahawa dia juga bersalah. Dia tidak sepatutnya cuba menafikannya, dia tidak sepatutnya cuba berbohong kononnya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ia sangat jelas," ujar wanita itu kepada polis. Media tempatan melaporkan doktor cuba menyambung semula kemaluan lelaki itu, namun tidak berhasil. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube