suria

Pemilik bilik sewa terkejut, pencinta haiwan tinggal bersama 29 ekor kucing

Sebahagian kucing yang kelihatan di kamarnya.

SEORANG penyewa yang menginap di bilik sewa harian mengejutkan pemiliknya apabila membawa 29 ekor kucing bersama hanya untuk satu malam.

Pengguna TikTok @brand2lor, yang memiliki bilik sewa harian dan bulanan, menyiarkan klip yang menunjukkan kesan seorang tetamu yang menyewa bilik untuk satu malam dan membawa bersama 29 ekor kucing.

Kejadian itu dilaporkan pada 19 Julai, selepas aduan penghuni lain di tingkat yang sama mengenai bau busuk dari bilik itu.

Ia berikutan bilik itu dipenuhi dengan air kencing dan najis kucing sehingga bau busuk tersebar di luar.

Susulan itu, dia mendapatkan penjelasan daripada pemilik kucing, yang mana kesemua haiwan tersebut disimpan di rumah di dalam bilik yang berasingan dan berhawa dingin dengan seseorang untuk menjaga mereka.

Oleh kerana pengubahsuaian rumah yang sedang dijalankan, pemilik memutuskan untuk membawa kucing ke bilik sewa buat sementara waktu.

Penyewa memberi jaminan bahawa semua kucing akan dibawa pulang ke rumah mereka di luar bandar.

Pada masa sama, dia m bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas seorang pekerja yang digigit salah seekor kucing dengan menampung perbelanjaan perubatan dan kehilangan gaji.

Bagaimanapun selepas kucing-kucing itu dibawa pulang ke rumah wanita terbabit gagal menunaikan janjinya untuk menampung perbelanjaan perubatan dan kehilangan gaji. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain