suria

Kena cekik, badan melecur dibakar... Mayat influencer berusia 21 tahun ditinggalkan dalam kereta

Mayat Catalina Gutierrez ditemukan dalan sebuah kereta pada Rabu.

MAYAT seorang pempengaruh wanita ditemukan dalam keadaan tragis, yang mana separuh anggota badannya melecur akibat dibakar dan ditinggalkan di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta.

Menurut laporan, mayat Catalina Gutierrez, 21, ditinggalkan di dalam sebuah kereta buatan Perancis, Renault Clio milik ibunya di kawasan tempat letak kereta kosong di bandar Cordoba, Argentina pada malam Rabu lalu.

Catalina, yang mempunyai 100,000 pengikut di Instagram dan 36,000 di TikTok, kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya untuk keluar bersama rakan-rakannya di pusat beli-belah Patio Olmos.

Mangsa juga sempat meninggalkan pesanan berbentuk audio kepada teman lelakinya semasa dalam perjalanan ke lokasi.

Namun, mangsa dilaporkan hilang apabila dia tidak sampai ke lokasi itu dan gagal menjawab panggilan rakan-rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat gadis tanpa pakaian ditemukan dalam semak, dipercayai dibunuh

Menurut polis, mangsa dibunuh oleh rakan sekelasnya yang dipercayai meminta Catalina datang ke rumahnya dengan alasan untuk menumpang.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami sesak nafas akibat dicekik dan terdapat kecederaan pukul serta melecur.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menyiasat motif pembunuhan itu selepas laporan menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang penderaan seksual. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain