POLIS menahan tiga remaja lelaki atas dakwaan merogol dan merakam video lucah seorang gadis bawah umur. Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 20 tahun. Menurut Asisten Superintenden Niranjan Sharma dari Balai Polis Daerah Mohna, India, dia menerima satu laporan yang dibuat bulan lalu. Berdasarkan keterangan mangsa, dia mula berkenalan dengan seorang pemuda dari Chinour, kira-kira setahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Padah tempah servis pelacuran atas talian, remaja dicabul ‘wanita jadian’ Namun, pada 1 Jun, suspek dikatakan mengajak gadis itu berjumpa bersama dengan dua rakannya sebelum memaksanya untuk masuk ke dalam sebuah kereta. "Seorang daripada remaja itu merogolnya di tempat duduk belakang kereta manakala rakan-rakannya memandu dan merakam video kejadian itu. "Suspek juga cuba mengugut untuk membunuh dan menyebarkan video lucah gadis itu dalam talian," jelas Sharma. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube