PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan akan berundur daripada persaingan pemilihan semula. Pengunduran Biden itu membuka lembaran baharu dalam Pemilihan Presiden AS apabila naib presidennya, Kamala Harris dari Parti Demokrat diumumkan mengantikannya menentang calon Republikan Donald Trump. Perkara itu diumumkan oleh Presiden berusia 81 tahun itu dalam satu hantaran dibuat di X pada Ahad. "Walaupun sudah menjadi hasrat saya untuk dipilih semula, saya percaya demi kepentingan parti dan negara, pilihan terbaik adalah berundur dan menumpukan perhatian untuk memenuhi tugas sebagai Presiden untuk baki penggal," tulis Biden. Bagaimanapun, menurut Biden, dia akan kekal dalam peranannya sebagai Presiden dan Ketua Komander sehingga tempohnya berakhir pada Januari 2025. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube