SEORANG penuntut jurusan undang-undang di Kota Gorontalo, Sulawesi, ditahan polis kerana menggadaikan 11 komputer riba milik rakan-rakannya, lapor Detik. Nazli Putri Pratomo, 20, mengaku melakukan perbuatan tersebut untuk memberi wang kepada bekas teman lelakinya. Menurut Ketua Polis Kota Gorontalo, Pesuruhjaya Ade Permana, gadis itu mengaku memberi IDR300,000 (sekitar RM86.60) kepada bekas teman lelakinya setiap hari. Dilaporkan, gadis itu sehingga kini sudah memberikan sejumlah IDR72 juta (sekitar RM20,783) kepada bekas kekasihnya, di mana jumlah tersebut termasuk wang simpanannya. Perbuatan gadis tersebut terbongkar selepas pemilik komputer riba membuat laporan kepada Polis Bandaraya Gorontalo. Daripada hasil siasatan, didapati terdapat 11 mangsa yang terlibat dalam kes ini. "Betul, dia masih pelajar undang-undang di sebuah universiti di Gorontalo," kata Ade mengesahkan kepada media pada Isnin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube