SEORANG remaja perempuan maut dilanggar sebuah kereta ketika dia keluar membeli makanan untuk ibunya yang sedang sakit. Dalam kejadian yang berlaku lewat malam Ahad lalu di Jalan Khao Ngou, Ratchaburi, Thailand, mangsa yang berusia 13 tahun maut serta-merta di tempat kejadian selepas dilanggar. Lebih memilukan, ibu mangsa yang segera ke tempat kejadian tidak dapat menahan tangis sambal berkali-kali meminta maaf dan memanggil nama anaknya. Menurut polis, siasatan awal mendapati mangsa berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon daripada ibunya apabila sebuah kereta yang dipandu laju hilang kawalan ketika melalui selekoh, dan kemudian melanggarnya. Pemandu kereta yang dikenali sebagai Wihok, 56, dari Bangkok, berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis. Lelaki tersebut mengaku telah mengambil beberapa botol minuman beralkohol sebelum kejadian. Dia ditahan polis untuk siasatan lanjut. Sementara itu, mayat remaja berkenaan dihantar ke jabatan forensik Hospital Ratchaburi proses bedah siasat sebelum dikembalikan kepada keluarganya untuk upacara keagamaan, lapor Khaosod. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube