KEMUNCULAN kenderaan elektrik di pasaran merupakan satu revolusi teknologi yang mengagumkan. Namun ia juga memperkenalkan beberapa masalah baharu. Begitulah kisahnya apabila seorang pelancong dari Belgium melalui detik cemas selepas tertidur di dalam keretanya di sebuah stesen minyak di Thailand, sehinggakan bateri kenderaan itu mati. Bateri yang sudah kehabisan tenaga menyebabkan kereta terbabit tidak dapat beroperasi dan pintu juga tidak dapat dibuka untuk lelaki itu keluar. Seorang pekerja di kedai serbaneka stesen minyak terbabit menyedari akan keadaan lelaki itu yang meminta bantuan daripada dalam kereta jenis BMW pada Jumaat. Pasukan penyelamat tiba dan mengarahkan lelaki itu untuk mencuba kaedah yang berbeza bagi membuka pintu kereta, namun semua percubaan gagal. Selepas dua jam, pelancong tersebut keletihan dan mengalami kesukaran bernafas, akhirnya anggota penyelamat terpaksa memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkannya. Pelancong itu berkata dia telah memandu dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chonburi sejauh 890 kilometer. Dia berhenti di stesen minyak untuk berehat berehat sebentar namun kemudiannya terlajak, dia turut menghidupkan penyaman udara yang menyebabkan bateri kenderaan itu kering hingga ke titisan terakhir. - VN Express Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube