suria

Warga emas nekad gantung diri selepas diperdaya sindiket, sempat tinggalkan surat tulisan tangan luah perasaan

Punca kematian seorang warga emas dipercayai akibat bunuh diri. - Gambar hiasan.

SEORANG warga emas ditemukan mati dalam keadaan tergantung di rumahnya selepas dilaporkan kehilangan wang simpanan akibat penipuan atas talian.

Preechakorn, 71, yang baru berpindah dari Phuket ke Tha Chang, Chanthaburi, Thailand diperdaya oleh sindiket penipuan menjanjikan pulangan lumayan sekiranya melabur dalam perniagaan pakaian.

Seorang pemilik kedai mi dikenali sebagai Khaosod berkata Preechakorn ada bertemu dengannya untuk meminta bantuan.

Mangsa meminta bantuannya untuk melakukan pemindahan wang, Preechakorn mengakui dia tidak begitu mahir dengan selok-belok urus niaga bank.

Khaosod akur dan membantu memindahkan wang simpanan mangsa ke dalam sebuah akaun perniagaan pakaian seperti yang diminta Preechakorn.

Menurut Khaosod, dia ada juga menegur mangsa supaya menyiasat terlebih dahulu pelaburannya itu kerana dilihat mencurigakan.

Akhirnya perkara yang dirisaukan itu menjadi kenyataan, Preechakorn hampa apabila menyedari dirinya ditipu oleh sindiket terbabit, dia mengalami kerugian berjumlah 20,000 baht, iaitu kira-kira RM 2,508.44

Keluarganya menjelaskan mangsa terlebih dahulu sudah mengalami tekanan emosi kerana berpisah dengan isterinya, kemudian ditipu pula sehingga kerugian besar, diibaratkan menambah garam pada luka.

Sepucuk surat yang ditulis tangan sebanyak empat muka surat ditemukan di tempat kejadian, mengandungi permintaan untuk pengebumian dan arahan mengenai penggunaan saki-baki wang tunai milik mendiang.

Beberapa jirannya juga mendakwa Preechakorn sering menyebut tentang keinginan untuk membunuh diri selepas menyambut hari lahirnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain