suria

Tak sempat lepaskan 'hajat', lelaki maut tergelincir dalam parit sedalam 4 meter

Mayatnya ditemui di dalam longkang sedalam empat meter. Gambar kecil adalah rakaman CCTV.

SEORANG lelaki maut dipercayai akibat tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang sedalam empat meter ketika cuba membuang air kecil di belakang sebuah premis.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Watthananuwong, Perbandaran Udon Thani, Thailand.

Menurut Timbalan Pegawai Penyiasat, Balai Polis Muang Udon Thani, Leftenan Banteang Thapyotha, mangsa dipercayai cuba mmenyembunyikan dirinya daripada dilihat beberapa pekerja wanita di premis berhampiran.

Ujarnya, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit pada Ahad, mangsa yang dikenali sebagai Suriyan keluar dari pintu belakang kedai untuk membuang air kecil sekitar pukul 1.44 pagi.

"Dia melihat terdapat ramai pekerja kedai wanita di situ, dia berhenti seketika sebelum bergerak ke kawasan penjuru sebelum terjatuh ke dalam longkang besar berkenaan.

"Dipercayai kepalanya mungkin terhantuk pada objek keras sehingga tidak sedarkan diri dan tidak dapat menahan diri sehingga terlentang di dalam air sedalam kira-kira 50 sentimeter menyebabkan kematian," ujarnya.

Tambah Banteang, keadaan persekitaran yang gelap di samping bunyi muzik yang kuat di sekitarnya membuatkan tiada siapa yang melihat kejadian tersebut.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang, memakai kemeja-T gelap, seluar hitam, dengan darah keluar dari telinga kanan.

Ujarnya lagi, berdasarkan hasil pemeriksaan awal, mangsa yang berusia 34 tahun dipercayai telah meninggal dunia selama kira-kira tiga hingga lima jam.

"Dompetnya mengandungi wang tunai 1,040 baht (RM131), kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM dan dua tiket loteri kerajaan. - Sanook

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain