suria

Ketagih ubat batuk, lelaki hasut teman wanita kerja di klinik palsukan nama pesakit

Seorang lelaki didakwa menggunakan identiti palsu untuk membeli ubat batuk. -Gambar Hiasan

PADAH menyalahgunakan butiran pesakit, seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan dua minggu selepas didakwa menghasut teman wanitanya melakukan penipuan di sebuah klinik.

Tertuduh yang berusia 36 tahun, Tan Tong Lin mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu bersubahat dengan teman wanita, menipu klinik dan menggunakan akses tanpa kebenaran kepada bahan di dalam komputer.

Tertuduh didakwa menggunakan maklumat pesakit tidak aktif untuk membeli ubat batuk secara haram sebanyak 25 kali antara Mei dan Disember 2021.

Manakala teman wanitanya berusia 42 tahun, yang bekerja sebagai pembantu klinik di sebuah premis di Jurong East Street 21, Singapura membantu tertuduh mendapatkan butiran 65 pesakit tidak aktif daripada sistem klinik.

Tertuduh melakukan perbuatan itu ketika teman wanitanya bertugas di klinik berkenaan dan menggunakan nama pesakit lain bagi membeli ubat batuk.

Difahamkan, lelaki tersebut berbuat demikian kerana ketagihan ubat batuk.

Kegiatan mereka bagaimanapun terbongkar apabila seorang pesakit mengadu mengenai individu lain mengambil ubatnya tanpa kebenaran.

Susulan itu, klinik tersebut menjalankan siasatan dengan bantuan penyiasat persendirian sehingga membawa penahanan mereka. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain