suria

Sadis! Wanita dakwa dirogol beberapa lelaki selama 5 hari sebelum ditinggalkan di tepi jalan

Mangsa ditemukan orang awam di tepi jalan dengan keadaan tangan dan kakinya terikat. -Foto X

SEORANG wanita warga Belgium berusia 28 tahun ditinggalkan di tepi jalan dengan keadaan tangan dan kakinya terikat, di Islamabad, Pakistan, pada Rabu.

Menurut laporan Samaa TV, wanita berkenaan ditemui oleh penduduk dan segera memaklumkannya kepada pihak polis.

Mangsa ketika diambil keterangan memberitahu polis bahawa dia dirogol selama lima hari oleh beberapa lelaki, sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Siasatan awal polis mengesahkan dakwaan wanita berkenaan.

Berdasarkan keterangan yang diberikan, polis berjaya menahan seorang lelaki dikenali sebagai Tameezuddin, yang disyaki mempunyai kaitan dengan jenayah tersebut.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan fizikal bagi menilai kecederaannya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menangkap pelaku yang terlibat. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain