suria

Gadis mengaku tikam kekasih hingga maut kerana dipaksa lakukan hubungan intim banyak kali, nafi hutang jadi punca

Suspek yang menikam kekasihnya itu ditahan polis. -Foto kiri (Mujahir Arifin/Detik)

SEORANG gadis dari Pasuruan, Jawa, Indonesia yang ditahan polis selepas menikam kekasihnya bertubi-tubi sehingga maut, mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana jengkel dipaksa melakukan hubungan seks.

Pengakuan suspek, CRD yang berusia 20 tahun itu disahkan Ketua Perhubungan Awam Polis Pasuruan, Inspektor Bambang Sugeng Hariyadi.

Suspek turut menafikan perbuatan nekadnya itu kerana didakwa berhutang kepada mangsa sebanyak 300 juta Rupiah (RM84,865).

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita muda dari Pasuruan ditahan polis kerana menikam teman lelakinya hingga maut selepas mereka melakukan hubungan seks di sebuah vila.

Menurut CRD, dia sudah menolak ajakan tersebut secara baik namun mangsa tetap berkeras memaksanya melakukan seks.

"Mula-mula dia ajak buat pertama kali, kemudian dia ajak lagi dan berkeras nak minta buat seks lagi. Lepas tu saya tikam dia," ujar CRD ketika disoal siasat.

Menurut polis, mangsa dikenali sebagai SH, berusia 44 tahun dan berasal dari daerah Tanggulangin, Sidoarjo.

"Mereka berkenalan sekitar Disember 2023, menjalin asmara dan sering keluar bersama," kata polis. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain