suria

Taksub makan sajian sendiri, cef muda terkejut disahkan hidap kanser usus... Rutin harian selepas bekerja jadi punca

Pengambilan makanan bersaji setiap hari adalah penting untuk kesihatan usus. -Gambar hiasan

TABIAT makan pelik selepas bekerja mendorong seorang wanita menghidap kanser usus besar atau kolon seawal usia 20-an.

Kisahnya itu didedahkan seorang jururawat terkenal di Hospital Changgeng Linkou, Taiwan, yang turut meluahkan kebimbangan tentang gaya hidup generasi muda masa kini.

Menurut Tan Tun-si, pesakit terbabit merupakan saudaranya yang bekerja sebagai cef masakan Sichuan.

Berkongsi tentang rutin makan wanita muda terbabit, dia yang turut dikenali sebagai 'ibu toksin' Taiwan berkata, setiap hari, saudaranya akan mengambil makanan pedas, masin, serta makanan yang ditapai atau dijeruk secara tetap seperti tauhu.

"Dia sering menggunakan minyak pedas dalam makanan dan masakannya, dan sering memuji lapisan minyak yang terapung di atas minyak cili sebagai makanan istimewa dunia," tambahnya.

Mengulas tentang gaya pemakanan sihat, ujar Tan Tun-si, dia sentiasa memastikan keluarganya mengambil serius tentang setiap bahan yang dimakan.

Malah, mereka hanya mengambil bahan-bahan semula jadi yang tidak ditapai atau dijeruk.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menegaskan bahawa makanan jeruk boleh menyebabkan kanser gastrousus. - Sanook

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain