suria

Jiran rakam warga emas 70 tahun rogol budak perempuan, 'umpan' mangsa guna coklat dan gula-gula

Merogol adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

TIDAK berperikemanusiaan.

Begitulah gambaran tindakan seorang warga emas yang sanggup memperdaya kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menggunakan gula-gula dan coklat sebelum merogolnya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Maqbara, India pada 9 Ogos lalu.

Memetik laporan WION, kegiatan suspek berusia 70 tahun itu terbongkar selepas seorang jiran yang curiga dengan tindakannya, mengekori sehingga ke lokasi kejadian.

Dia turut merakam perbuatan terkutuk itu melalui tingkap sebelum melaporkannya kepada penduduk setempat.

Perkongsiannya itu mencetuskan kemarahan ramai terutama keluarga kanak-kanak terbabit.

Susulan itu, suspek ditangkap dan dibelasah sebelum diserahkan kepada polis.

Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri sebelum ditahan semula pada Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain