suria

Warden penjara bongkar rancangan genius banduan loloskan diri, nyaris bebas tapi akhirnya kecundang

Dua banduan mencuba nasib untuk melarikan diri. -Gambar hiasan

KEBIJAKSANAAN yang digunakan untuk tujuan salah pastinya menggerunkan masyarakat.

Namun berbeza kisahnya untuk dua banduan lelaki di Itaitinga, Brazil apabila cubaan mereka meloloskan diri dari penjara menemui kegagalan.

Dikenali pasti sebagai Francisco da Silva dan Carlos Oliveira, mereka sanggup menukar jantina dengan mengenakan pakaian wanita supaya dapat menyusup keluar ketika waktu lawatan hari Ahad di Unit Penjara Profesor Jose Sobreira de Amorim.

Selain itu, lebih melucukan apabila mereka turut panjang akal untuk memakai payudara dan rambut palsu bagi melengkapkan penampilan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelihatan salah seorang banduan terbabit memakai kemeja-T putih serta skirt panjang berwarna merah jambu.

Banduan tersebut kemudiannya cuba berdiri di celahan pelawat untuk mengelak daripada dikesan pengawal.

Walau bagaimanapun, cubaan melarikan diri banduan itu berjaya dipatahkan pihak polis.

Jurucakap penjara berkata banduan berkenaan segera dipisahkan daripada pelawat dan dimasukkan semula ke sel penjara masing-masing.

Untuk rekod, Francisco da Silva dan Carlos Oliveira dimasukkan ke penjara kerana jenayah penyeludupan dadah, bunuh, rompakan dan kaitan dengan organisasi kongsi gelap. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain