SEORANG lelaki tergamak mencekik dan memukul kepala isterinya menggunakan bekas abu rokok sehingga maut selepas mangsa tidak mengendahkan teguran yang diberi. Suspek berusia 46 tahun itu juga mendakwa mangsa gemar keluar malam dan enggan menuruti permintaannya pada hari kejadian. Tragedi ngeri dilaporkan berlaku di Kota Cilegon, Indonesia, pada Jumaat. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cilegon, AKP Syamsul Bahri berkata, suspek merupakan seorang bomoh pelaris yang sering dihubungi peniaga serta pekerja seks wanita. "Selain penahanan suspek, polis juga merampas bahan bukti yang digunakan sebagai senjata membunuh. "Dia yang pada awalnya cuba melarikan diri, telah ditembak di bahagian kaki sebelum ditahan," katanya. Tambahnya, berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa didapati telah dicekik dua kali oleh suspek sebelum dipukul menggunakan bekas abu rokok sehingga maut. - Okezone Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube