KEUNIKAN dan kecomelan haiwan seperti kucing menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan kebanyakan individu. Bagaimanapun situasi berbeza bagi seorang pelajar di Indonesia yang menjadikan udang galah sebagai haiwan peliharaan. Minat peliknya itu terbongkar selepas pemilik rumah yang menyediakan beberapa buah bilik sewa di Jalan Mayjen Panjaitan Gang 8C, Klojen, Kota Malang menerima aduan berhubung bau hanyir dan busuk dari bilik salah seorang penyewanya. Dia yang ingin dikenali sebagai Zidan turut mendedahkan punca bilik tersebut dibuka adalah disebabkan tunggakan sewa sebanyak dua bulan. "Saya buka bilik sewa tersebut menggunakan kunci pendua selepas pelajar terbabit tidak dapat dihubungi dan mempunyai tunggakan selama dua bulan. "Sebelum ini kita dah nyatakan syarat, penghuni yang gagal menjelaskan bayaran selama dua bulan akan dikenakan tindakan tegas," ujarnya yang menyediakan 17 bilik sewa di kediaman berkenaan dengan kadar sewaan sebanyak RM84 (300,000 rupiah) sebulan. Menurut Zidan, tindakan tegas yang diambil menyebabkan dia terkejut melihat sangkar udang galah yang diperbuat daripada kanvas berada di dalam bilik pelajar terbabit. Malah katanya, terdapat beberapa ekor udang galah yang telah mati di dalam sangkar berkenaan. Dalam pada itu, ujarnya, meskipun berasa geram dengan tindakan pelajar terbabit namun dia tetap menyimpan haiwan ternakan yang masih hidup untuk diserahkan kembali. - Detik News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube