TULAR video di media sosial menunjukkan seorang wanita diikat dan diserat pada motosikal yang sedang ditunggang suaminya sendiri. Lebih memilukan apabila wanita malang itu diseret oleh suaminya yang menunggang motosikal ke sekitar kampung. Insiden tragis itu berlaku di Nagaur, Rajasthan di India. Suami mangsa yang berusia 28 tahun dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian. Menurut laporan Indian Express, pasangan itu bergaduh selepas lelaki itu melihat isterinya bercakap dengan ibunya. Dia berang dengan cara percakapan isterinya dengan ibunya, sebelum bertindak mengikat isterinya itu pada motosikal dan mengheretnya keliling kampung. Susulan kejadian yang tular, polis kemudian menahan suami mangsa bagi membantu siasatan. Dilaporkan mangsa tidak memfailkan sebarang aduan rasmi berhubung kejadian. Bagaimanapun, dia ke Jaisalmer untuk tinggal bersama kakak iparnya selepas insiden tersebut. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube