SEORANG pesara polis berusia 75 tahun ditemukan tidak bernyawa di atas katil di bilik tidurnya, dengan kesan darah di kepala dan mulut mangsa. Isteri mangsa terdengar bunyi das tembakan yang dilepaskan dari bilik tidur mereka. "Saya terdengar bunyi tembakan dan bergegas memeriksa, mendapati suami telah menembak dirinya sendiri. Saya segera meminta bantuan," kata isteri mangsa. Kejadian berlaku Wiset Chai Chan, Ang Thong di Thailand. Menurut polis, kejadian itu dilaporkan berlaku pukul 7.30 malam pada 14 Ogos lalu. Sebelum kejadian berlaku, adik lelaki mangsa datang melawat mereka di rumah. Bagaimanapun, isteri mangsa tidak pasti butiran perbualan kedua-dua beradik itu. Selain itu, isteri mangsa turut mendedahkan bahawa suaminya pernah menyuarakan hasrat untuk mati beberapa hari sebelum kejadian, akibat masalah kesihatan dan tekanan daripada keluarga. Menurut wanita itu lagi, suaminya menghidap penyakit parkison, termasuk kemurungan yang dipercayai mendorongnya untuk membunuh diri. Siasatan awal mendapati mangsa menggunakan senjata api untuk menembak dirinya sendiri di kepala, dengan kelongsong peluru ditemukan di sebalik selimut. Mayat mangsa dihantar ke unit forensik untuk bedah siasat, manakala polis menjalankan siasatan. Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube