suria

Alami jangkitan tulang, kesukaran bernafas selepas prosedur tambah tinggi... Wanita kesal duit ratusan ribu lebur

Porsedur memanjangkan kaki semakin popular masa ini.

MEMILIKI kaki yang panjang merupakan antara impian golongan wanita masa kini.

Selain untuk kecantikan dan kelihatan seksi, ia juga dikatakan dapat meningkatkan keyakinan diri di samping menarik perhatian kaum lelaki.

Maka tidak hairanlah apabila terdapat segelintir wanita yang sanggup berhabis duit demi mencapai hasrat tersebut.

Turut melakukan perkara sama, seorang wanita di China dilaporkan berbelanja 600,000 yuan atau kira-kira RM368,381 untuk menambah ketinggian sebanyak 13 sentimeter.

Bagaimanapun hasratnya lebur apabila terpaksa berhadapan beberapa masalah fizikal termasuk jangkitan tulang selepas prosedur itu.

Malah dia juga tidak dapat berlari mahupun berjalan dengan cepat selain turut mengalami kesukaran bernafas.

Memetik laporan South China Morning Post, wanita terbabit tampil meluahkan rasa kesal dengan tindakan yang diambil.

“Hidup saya musnah sama sekali. Jika ada pembedahan untuk mengembalikannya seperti sedia kala, saya pasti akan lakukan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain