SEORANG lelaki didakwa menyerang seorang wanita yang berkhidmat sebagai 'escort' gara-gara enggan melanjutkan tempoh servisnya. Mangsa dikatakan mengalami kecederaan dengan kesan lebam di mata, muka, lengan serta badan. Beberapa gambar yang menunjukkan kecederaan mangsa turut dimuat naik di Facebook sehingga tular. Difahamkan, wanita berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian dipukul pelanggannya, dipercayai berlaku di Thailand. "Saya boleh bayar 500 bath (RM63) untuk serangan ini," ujar lelaki berkenaan sebaik mengetahui wanita itu mahu membuat laporan polis. Menerusi satu rakaman yang dimuat naik di laman sosial, dirakamkan serangan berlaku yang berlaku membabitkan pelanggan lelaki dan wanita itu. Seorang pengguna Facebook yang dipercayai kenalan mangsa tampil memberi penjelasan lanjut berhubung insiden berkenaan. "Dia (suspek) mabuk dan bercakap macam-macam, malah menghina ibu bapa wanita itu (mangsa) berulang kali. "Apabila wanita itu mempersoalkan apakah perasaan lelaki itu sekiranya dia turut menghina ibu bapanya sebagaimana yang dilakukannya, perkara tidak terkawal berlaku seperti dalam rakaman video," katanya. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan aktiviti persundalan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube