suria

Tragis! Bertengkar dengan suami kerana aksi lucah, wanita maut jatuh dari tingkat 4

Seorang wanita maut jatuh dari tingkat empat di sebuah apartmen. -Gambar hiasan

SEORANG wanita maut terjatuh dari tingkat sebuah pangsapuri selepas bertengkar dengan suaminya.

Kejadian pada awal pagi Jumaat itu dipercayai berlaku selepas suami mangsa cuba merakamkan aksi tidak senonoh menerusi penstriman secara langsung di platform TikTok.

Polis menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada kira-kira pukul 3.30 pagi.

Kejadian berlaku di Bang Lamphu Lang, Khlong San di Thailand.

Mangsa yang berusia 32 tahun merupakan warga Laos, mengalami kecederaan parah di kepala, kaki dan tangan.

Menurut suami mangsa berusia 41 tahun, dia dan isterinya sebelum itu mengambil minuman keras bersama sehingga khayal.

Ketika melakukan penstriman video secara langsung di TikTok, suami mangsa cuba menanggalkan pakaian tetapi dihalang isterinya.

Keadaan itu mencetuskan pertelingkahan antara kedua-dua mereka.

Ketika sedang bertengkar, mangsa secara tiba-tiba bertindak melompat dari balkoni pangsapuri mereka di tingkat empat.

Suaminya kemudian bergegas turun ke bawah sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, polis memanggil suami mangsa bagi membantu siasatan dan kes sedang dijalankan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain