KEBANYAKAN isu perebutan harta pusaka pasti akan berakhir dengan kematian. Terkini, seorang wanita di Gresik, Jawa Timur di Indonesia, maut selepas ditetak adiknya berikutan masalah harta pusaka yang sukar diselesaikan. Mangsa berusia 52 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital. Ketua Polis Wringinanom AKP Inggit Prasetiyanto berkata, kejadian tersebut berlaku pada Khamis sekitar pukul 5.30 petang. Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati, mangsa ditetak di kepala menggunakan sebilah parang oleh adiknya yang berusia 46 tahun. "Tetakan megenai telinga, rahang kiri sehingga ke bahagian belakang kepala mangsa. "Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri sejauh 300 meter dan mendapatkan bantuan daripada penduduk sekitar," ujarnya. Panik dengan situasi yang berlaku, penduduk sekitar terus membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas dirawat. - Detik News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube