suria

Enam tahun dibiar kosong, pemilik terkejut vila mewah bertukar bilik sampah... Penceroboh 'putar belit' cerita elak bayar pampasan

Vilanya dijadikan ruang penyimpanan seolah-olah bilik sampah.

KEBANYAKAN masyarakat masa kini gemar menceburkan diri dalam bidang hartanah.

Tidak ketinggalan seorang lelaki dari wilahah Shaanxi di China yang sanggup beberlanja 14 juta yuan atau kira-kira RM8.5 juta bagi membeli sebuah vila kosong berkeluasan 375 persegi pada 2018.

Berkongsi cerita, dia yang dikenali sebagai Bai pada awalnya ingin menjadikan vila tersebut sebagai lokasi perkahwinan.

Bagaimanapun, selepas berjaya membelinya, dia tidak membuat sebarang pengubahsuaian atau hiasan dalaman mahupun memeriksanya.

Malah Bai telah membiarkannya kosong selama enam tahun, meskipun dia membayar cukai hartanah kosong setiap tahun yang bernilai lebih 17,000 yuan (kira-kira RM10,400).

Selepas sekian lama, Bai mengambil keputusan untuk mengunjungi vila tersebut pada Mei lalu.

Dia yang pertama kali menjejakkan kaki di kediaman tersebut bagaimanapun dikejutkan dengan kewujudan peralatan pembersihan selain beberapa tong sampah seolah-olah berada dalam tapak pelupusan.

Pelik dengan keadaan tersebut, dia kemudiannya memeriksa ruang bawah tanah bagi mendapatkan kepastian.

Lebih mengejutkan apabila bilik yang sebelum ini berkunci didapati telah terbuka sekali gus mengesahkan terdapat pencerobohan haram.

Susulan daripada itu, dia melakukan siasatan dan mendapati penghuni haram tersebut adalah kakitangan pembersihan sebuah syarikat pengurusan hartanah.

Selepas berunding dengan wakil syarikat, mereka bersetuju untuk membayarnya 100,000 yuan (kira-kira RM61,300) sebagai pampasan tunai dan sebahagian daripada tempat letak kereta.

Beranggapan perkara tersebut mencapai kesepakatan, dia tidak menyangka syarikat hartanah terbabit hanya membayar separuh daripada pampasan dan tidak menyediakan ruang parkir seperti yang dipersetujui.

Malah syarikat terbabit menafikan dakwaan bahawa pihaknya menceroboh mahupun menggunakan vila tersebut sebagai bilik sampah seterusnya menawarkan pelan pampasan yang sederhana, seperti membaiki kemudahan yang rosak dan melakukan pembasmian kuman secara berkala. - Sanook

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain