suria

Lokasi nahas pesawat jadi tumpuan, entiti misteri muncul di sebelah anggota penyelamat

Tangkap layar video tular yang menimbulkan tanda tanya pelayar.

INDUSTRI penerbangan Thailand dikejutkan dengan insiden tragis melibatkan pesawat jenis Cessna Caravan C208B yang terhempas pada Jumaat.

Kesemua tujuh penumpang dan dua juruterbang disahkan maut serta-merta.

Pesawat terbabit dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok sebelum 11 minit kemudian hilang komunikasi dengan manara kawalan trafik udara.

Lokasi nahas dilihat berselerakan dengan serpihan pesawat dan cebisan badan manusia.

Ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan, rakaman video serta foto diambil bertujuan membantu siasatan.

Namun gempar apabila dalam salah satu gambar itu kelihatan bayang misteri menyerupai wajah manusia muncul di sebelah seorang anggota penyelamat.

Anggota penyelamat berkenaan ketika itu sedang mengendalikan sebuah jengkaut untuk mengalihkan bahagian bangkai pesawat.

Gambar tersebut yang menjadi tular di media sosial meraih perhatian warga maya dengan sekelip mata, masing-masing cuba membuat teori tentang apakah entiti tersebut.

Rata-ratanya mengaitkan entiti tersebut dengan keadaan menyayat hati mangsa nahas.

Untuk makluman, sembilan mangsa nahas terdiri daripada empat warganegara Thailand iaitu juruterbang dan anak kapal, manakala lima lagi penumpang adalah warganegara China termasuk seorang kanak-kanak berumur 12 tahun. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain