SEORANG wanita yang tertekan dan kecewa dengan kecurangan suaminya ditemui mati di dalam sebuah kereta jenis Chevrolet Trailblazer hitam di lorong terpencil. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bangkok, Thailand, sekitar pukul 9.30 malam Jumaat. Mangsa berusia 21 tahun dikenal pasti sebagai pemilik restoran di kawasan Phutthamonthon Sai 5. Menurut pasukan penyiasat, kereta manngsa ditemukan di lorong sunyi yang terletak kira-kira 50 meter dari Jalan Taweewattana-Kanchanaphisek di daerah Thawi Watthana dengan keadaan semua pintu berkunci. Mangsa yang memakai kemeja-T merah didapati berbaring di tempat duduk pemandu. Sisatan mendapati mangsa sering menceritakan masalah rumah tangganya kepada rakan karibnya dan menyatakan suaminya curang dengan beberapa wanita. Dalam pada itu, seorang saksi memaklumkan telah melihat kenderaan berkenaan diletakkan di lorong itu sejak 11 pagi dengan enjin hidup. Ia menimbulkan syak wasangka apabila mereka menyedari kereta itu kekal untuk tempoh yang lama. Terdahulu, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan peralatan khusus untuk membuka pintu dan mengambil mayatnya yang dipercayai telah meninggal dunia kira-kira 10 jam. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube