suria

Berang isteri minta cerai, bapa jadikan tiga anak sebagai ‘tebusan‘... Paksa melutut di tengah jalan raya

Kanak-kanak terbabit dilihat melutut di kawasan jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

ANAK-ANAK sering menjadi mangsa keadaan apabila berlakunya pertengkaran antara suami isteri.

Terkini, satu rakaman video tular memaparkan tiga kanak-kanak sedang melutut di atas jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Kelihatan bapa mereka berada di tepi jalan sambil memerhatikan kanak-kanak terbabit yang berusia dua hingga tujuh tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku di Foshan, wilayah Guangdong, China pada 15 Ogos lalu.

Menurut polis, tindakan lelaki terbabit adalah untuk memaksa isterinya pulang selepas wanita tersebut pulang ke kampung halaman dan memutuskan mahu berpisah.

Malah katanya, wanita terbabit juga enggan menghubungi suaminya selepas pertengkaran berlaku.

Terdahulu, kanak-kanak berkenaan diselamatkan selepas polis melakukan rondaan di kawasan sekitar dan memberi amaran kepada lelaki terbabit.

Insiden itu telah mencetuskan kemarahan di media sosial, dengan 63 juta tontonan di Weibo pada masa penulisan.

“Memang memalukan dan membenci seorang bapa tidak tahu cara mengasihi serta menjaga anak-anaknya.

"Menggunakan kanak-kanak sebagai tebusan seperti ini adalah penderaan kanak-kanak dan melanggar hak kanak-kanak untuk keselamatan diri.

“Ayah saya sama dengan lelaki tu, ketika saya masih muda, ibu saya ingin menceraikannya, dia menolak dan mengurung saya di dalam rumah dalam usaha untuk memaksa ibu kembali,” tulis beberapa pelayar media sosial. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain